Tuesday, April 24, 2012

Ibu adalah sahabat dan segalanya


Hampir 24 hari jari jemari  ni seolah-olah kaku tanpa bicara,tiada nafas,tiada kata ceria,tiada jasad,tiada roh yang berlegar-legar,kaku dan mati langkah rasanya.Cuba bangkit menunjukan ku tak sakit.

Kini..................

Aku rasa bahagia,aku rasa ceria.Perasaan itu susah nak diluahkan dengan kata-kata.Hanya aku dan DIA tahu cerita nya.Maaf agak emosi rasanya kali ini,tetapi pada tahap normal dan terkawal,kerana sudah pasrah dengan apa yang telah berlaku.Harap ceria ini berpanjangan!

xxxxx

Kata seorang teman rapat,lelaki suka menyorok dalam gua apabila ada masalah,dan akan keluar setelah masalah itu selesai dan wanita suka mengalirkan air mata apabila ada masalah sebab itu mereka (wanita) tidak mengalami tekanan yang berpanjang apabila sesuatu masalah menimpa.Betul ker lelaki sifat lelaki macam ni?.

Secara jujurnya lelaki memang ada sifat ego,rasanya semua orang ada sejak dari kecil lagi dan Allah memang anugerahkan pada setiap manusia,Cuma (mungkin) DIA beri pada lelaki lebih sedikit dari wanita.Lelaki kalau ada masalah mereka cuba selesaikan dengan sendiri terlebih dahulu,apabila sudah buntu,barulah mereka cuba mencari penyelesaian dengan meminta nasihat dari kawan,sahabat,mak,adik beradik.

Selalu lelaki akan mencari manusia yang bergelar sahabat,kerana lebih memahami masalah yang nak disampaikan.Cool? entah…!!!!.Jarang ada lelaki yang mencari ibunya jika ada masalah bersifat peribadi,mungkin kerana segan or ego itu sangat tinggi dihadapan wanita,biarpun wanita itu bergelar ibu sekali pun.

Mengadu pada ibu rasanya lebih baik dari seorang sahabat yang hanya mengenali kita secara luaran dan sedikit dalaman.Ibu mengenal keseluruhan watak-watak jahat maupun watak baik dalam diri anak nya sendiri.Ibarat ibu seorang pengarah dan penulis yang mampu melihat sesuatu lebih jauh dan telus.Kuasa ini hanya terdapat pada-pada ibu yang melahirkan!

Anugerah!

Saturday, March 31, 2012

Oh Doktor!

Dari semalam lagi rasa tak sedap hati,duduk tak kena,berdiri tak terasa,makan separuh tak habis.Dalam hati ada sesuatu yang nak diungkapkan tapi tak juga lepas.Betul pepatah orang lama "makan tak kenyang,mandi tak basah".Dalam kes ni makan kenyang tapi tak habis.Pelik juga tu sakit apakah agaknya.Tolong habaq mai kat cek!

Nak suruh doktor merawat Dr dah dah cabut lari,mungkin Dr dah tak tau nak bagi ubat apa dah,sebab tu Dr dah blah pi cari pesakit lain.Bila jumpa Pak Dukun dia kata sampukan Jin,ceh! Pak Dukun pun lain tak ada alasan asyik2 sampukan jer yang dia tahu.Pak Dukun ni kalau nak berubat kena ada pengeras,kalau pengeras memang keras laju jer dia nak ubat.Mata duitan betul lah Pak Dukun ni.

Dr pun dah tak mampu nak ubat,Pak Dukun pun dah tak boleh harap,last sekali makan ubat farmasi jek.Kalau sembuh tu kira ok lah,kalau tak sembuh juga pi mandi air 7 kolah kat mana-mana surau atau masjid.Kalau ni tak jalan juga tak tau nak usaha apa dah.Sakit ni memang pelik sungguh hanya orang tertentu ja tau nak ubat macam mana....Dr tolong lah cek!cek sakit nih....

*sakit cinta kut!

Saturday, March 24, 2012

24/2/2012

Ada apa dengan tarikh tersebut?Hanya perlu dikenangkan tetapi tak perlu diratapi.Anggaplah tarikh keramat itu tidak pernah hadir dalam hidup,hanya mainan irama kehidupan,biarlah ianya berlagu sendirian.

Biarkan berkubur tak perlu diziarahi lagi,tak perlu diperingati lagi kerana itu adalah mimpi semalam yang hanya menganggu ruangan kehidupan....

Rezza...

Rest in Pain

Friday, March 23, 2012

Resah

Entah mengapa keresahan bermain di hati seolah-olah tidak mahu melepas jasad ini.Apa yang istimewa tubuh ini sehingga sukar ianya pergi.Tolonglah kau pergi dari jasad ini,kerana jasad ini sudah tidak berdaya untuk melayani keresahan.

Berilah jasad ini ketenangan dan kedamaian walaupun sesaat...Hanya Allah tempat mengadu!