Tuesday, April 24, 2012

Ibu adalah sahabat dan segalanya


Hampir 24 hari jari jemari  ni seolah-olah kaku tanpa bicara,tiada nafas,tiada kata ceria,tiada jasad,tiada roh yang berlegar-legar,kaku dan mati langkah rasanya.Cuba bangkit menunjukan ku tak sakit.

Kini..................

Aku rasa bahagia,aku rasa ceria.Perasaan itu susah nak diluahkan dengan kata-kata.Hanya aku dan DIA tahu cerita nya.Maaf agak emosi rasanya kali ini,tetapi pada tahap normal dan terkawal,kerana sudah pasrah dengan apa yang telah berlaku.Harap ceria ini berpanjangan!

xxxxx

Kata seorang teman rapat,lelaki suka menyorok dalam gua apabila ada masalah,dan akan keluar setelah masalah itu selesai dan wanita suka mengalirkan air mata apabila ada masalah sebab itu mereka (wanita) tidak mengalami tekanan yang berpanjang apabila sesuatu masalah menimpa.Betul ker lelaki sifat lelaki macam ni?.

Secara jujurnya lelaki memang ada sifat ego,rasanya semua orang ada sejak dari kecil lagi dan Allah memang anugerahkan pada setiap manusia,Cuma (mungkin) DIA beri pada lelaki lebih sedikit dari wanita.Lelaki kalau ada masalah mereka cuba selesaikan dengan sendiri terlebih dahulu,apabila sudah buntu,barulah mereka cuba mencari penyelesaian dengan meminta nasihat dari kawan,sahabat,mak,adik beradik.

Selalu lelaki akan mencari manusia yang bergelar sahabat,kerana lebih memahami masalah yang nak disampaikan.Cool? entah…!!!!.Jarang ada lelaki yang mencari ibunya jika ada masalah bersifat peribadi,mungkin kerana segan or ego itu sangat tinggi dihadapan wanita,biarpun wanita itu bergelar ibu sekali pun.

Mengadu pada ibu rasanya lebih baik dari seorang sahabat yang hanya mengenali kita secara luaran dan sedikit dalaman.Ibu mengenal keseluruhan watak-watak jahat maupun watak baik dalam diri anak nya sendiri.Ibarat ibu seorang pengarah dan penulis yang mampu melihat sesuatu lebih jauh dan telus.Kuasa ini hanya terdapat pada-pada ibu yang melahirkan!

Anugerah!

1 comment:

  1. Ibu yang baik merasai penderitaan anaknya. Cuma, kadangkala ibu melihat dahulu tindakan anak pabila menghadapi masalah kerana ibu mahu menyiapkan anaknya menjadi dewasa dan matang.....

    ReplyDelete